Kelas Mahir Foto Intake 4 Modul 3 Sesi 1 - Asas Mobilegrafi: Ciri-Ciri, Kelebihan, Perbezaan Mobilegrafi Vs Fotografi & Jenis-Jenis Smartphone
28 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2026, telah diadakan Kelas Mahir Foto Modul 3 bertajuk “Asas Mobilegrafi: Ciri-Ciri, Kelebihan, Perbezaan Mobilegrafi Vs Fotografi & Jenis-Jenis Smartphone” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas bermula dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi.
Mahir Foto ini adalah secara atas talian. Modul 3 ini memberi pendedahan kepada peserta memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep asas mobilegrafi, termasuk ciri-ciri, kelebihan, perbezaan antara mobilegrafi dan fotografi, serta jenis-jenis telefon pintar yang sesuai untuk menghasilkan gambar berkualiti. Peserta turut mempelajari cara memanfaatkan fungsi kamera telefon pintar bagi menghasilkan foto yang lebih kreatif, menarik, dan berkualiti tinggi. Terdapat juga sesi Quiz 30 minit ini menguji pemahaman peserta tentang mobilegrafi, termasuk definisi, ciri-ciri dan kelebihannya. Peserta juga perlu mengenal pasti perbezaan antara mobilegraphy dan photography serta memahami jenis-jenis smartphone yang digunakan dalam penghasilan gambar dan video.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: